Followers

My Stories My Diary

Tuesday, September 4, 2012

Rumah tangga bukan restoran ??


 Sebelum kita mengupas tajuk ini, saya ingin meminta maaf sempena bulan yang mulia ini jika saya ada terkasar bahasa tersalah laku kepada semua sahabat2 yang berada diluar sana. Manusia tidak lari membuat silap dan khilaf. Ribuan kemaafan di pinta dari saya. Semoga kita sentiasa menjadi manusia yang diredhai oleh Allah. InsyAllah. -fie

Mengupas tajuk ini, mari kita bayangkan sejenak bagaimana operasi sebuah restoran. Dan bayangkan kita sekarang baru masuk ke dalamnya. Tentu selepas dipersilakan masuk dan duduk pelayan restoran itu bertanya, “nak minum apa?” Nak makan apa?”

Tetapi ada juga restoran yang kurang peka kerana tidak cukup pekerja, lalu pelanggan yang terpaksa bertanya dan membuat tempahan sendiri, “Minta teh tarik satu, roti canai dua biji.”

Antara dua keadaan ini tentu kita lebih suka kepada restoran pertama dan kurang berminat dengan layanan restoran kedua. Kenapa? Yalah sebagai pelanggan seseorang itu suka dilayan mesra. Sebab itu bagi sesetengah orang sebelum memilih restoran dia akan mengenal pasti cara layanan pelayan restoran tersebut terhadap pelanggannya.

Begitulah dua keadaan di restoran yang terdapat di negera ini. Maka wajarkah rumah anda seperti dua restoran di atas? Kalau jawapan anda tidak wajar, maka bagaimana anda harus jadikan rumah anda? Tetapi kalau anda kata apa salahnya jadi restoran, maka itulah yang kita nak bincang pada hari ini?

Apabila saya katakan rumah anda bukan seperti restoran bermakna segala ciri-ciri restoran seperti yang dinyatakan di atas tidak wajar ada dalam rumah tangga. Kalau begitu dalam rumah tangga tidak wajar berlaku dua perkara berikut:

1. Isteri jangan bertanya suami “nak makan apa, nak minum air apa”
2. Jangan pula biarkan suami memesan makanan

Ingatlah wahai isteri, anda bukan pelayan dan suami bukan pelanggan anda. Jadi, letakkan tempat suami pada kedudukan suami dan isteri di tempat isteri. Selagi perkara ini berada dalam fikiran dan tindakan anda, pasti suami anda cukup berpuas hati dengan anda.

Bagi merealisasikan semua ini saya senaraikan apa yang patut anda lakukan terhadap suami anda:

1. Sambutlah suami di hadapan pintu ketika pulang rumah walaupun dia ada kunci pendua. Untuk itu, pakaian anda perlulah cantik lagi menyegarkan.

2. Persilakan dia duduk di tempat yang tersedia dalam rumah itu.

3. Hulurkan air mineral atau air suam bagi menyegarkan tekak dan hatinya.

4. Kalau nampak dia leteh, picit badannya.

5. Sediakan taula dan berikan kepadanya untuk dia mandi sebelum solat Maghrib

6. Sediakan makan malam. Isteri perlu tahu apa yang suami suka makan melalui kajian dan penyelidikan.

7. Sediakan tempat tidur yang selesa sebelum suami berhajat hendak tidur.

Inilah rutin yang harus dilakukan oleh isteri sepanjang hayatnya bersama suami. Tapi ingat, anda isteri bukan sebagai pelayan restoran. Jadi, jangan swastakan semua itu kepada orang gaji kerana hakikat suami sukakan bermanjaan dengan wanita. Maka kalau tiada isteri ketika itu pasti dia mahu bermanja dengan orang gaji pula.

Dalam hal ini suka saya ingatkan para isteri, suami anda akan cukup kecewa kalau kepulangannya dari tempat kerja, ditanya, “bang nak makan?” “abang nak mandi?” “abang nak tidur? Lebih kecewa lagi kalau anda menyuruhnya, “bang pergilah mandi”, “bang makanlah dulu.”

Kenapa dia kecewa? Yalah sudah lama hidup masih tidak tahu kehendak suami. Ketahuilah wahai isteri, jika suami sudah mula meminta sesuatu untuk anda lakukan, “yang buatkan air,” “yang mana makananni,” “yang bila nak tidur,” sedarlah itu tandanya suami anda sudah hilang rasa cinta kepada anda. Namun dia masih boleh bersabar.

Jadi, rumah bukan restoran mengajak para isteri bertindak membetulkan keadaan dengan memberi perhatian kepada suami tanpa dia meminta. Percayalah kalau anda boleh lakukan semua panduan ini, suami anda tidak ada masa dan berkeinginan untuk mencari wanita lain dalam hidupnya.
credit to : loveloveislam.com

Monday, June 4, 2012

Tolak kekayaan untuk Menjadi Miskin?

Sebelum saya memulakan coretan ini. Ingin sekali saya meyebut. Sudah lama nya saya tak post post post.. :)) Alhamdulilah, sudah mahu melupakan kenangan semasa di Malaysia tempoh hari. Hari ini sudah dekat two weeks saya mulakan kerja seperti biasa. :))

Rindu itu masih ada pada diri ni. tapi dah ini yang sudah ditakdirkan. Rezeki saya disini. Jadi Alhamdulilah lagi sekali kerana Allah tetap memberikan saya rezeki.. Amin.. Bermula lah kisah seorang lelaki yang amat saya kagumi. Agak terperajat jugak lah saya membaca article ini. Jutawan memilih untuk miskin, ???

Saya tahu, mesti ada readers sudah baca pasal this guys. tetapi tidak salahkan saya meng"post" kembali kisah lelaki ini untuk renungan kita bersama. Pada mulanya saya ingat tajuk ni main2, heee.. ((:  Tetapi bila saya sudah membaca article ini. That true!! Saya begitu kagum dengan lelaki ini. Adakah saya akan melakukan benda yang sama seperti beliau? *InsyAllah. Ya Allah jadikan ku sepertinya.. Seorang yang sangat dermawan. Amin.

Lelaki ini pada mulanya, dia seorang yang miskin. Tetapi berkat dia untuk menjalankan syariat Islam itu yang menyebab kan beliau menjadi orang penting dalam dunia Perbankan Islam. Beliau adalah
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi..Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan. *Petikan dari Harian metro


Siapa kata orang Islam akan mundur! InsyAllah dengan berkat sabar dan usaha kita itu, kita pun akan menjadi seperti beliau. Amin. Love Islam.



Monday, March 19, 2012

Counting Days.

Assalamualaikum guys. :)

Semakin hari semakin dekat ku rasa . how many days ey.. ? jap2. sebenarnya tengah cakap pasal apa ey. opSSii... About my date lah. Im coming Home. ! yeah! Nak balik Malaysia! Rindu nya tanah air .. Really Miss my family! Poser je ayat. hahaha

Waa.. pejam celik pejam celik . Dekat dah tarikh flight. semua dah Booking dah. just nk packing beg and souvenir je. but still kene counting lah. Insyallah..just only 40days more! :D

Kawan2 ..tunggu tau. kita lepak nnt! waa.rindu gila kat korang!!!! Gombak! Im coming home! yeah!! Continue. 40days more~


*taken at Steak House Red Sea Mall Jeddah.

Tuesday, February 14, 2012

wishlist. #1


Sudah lama rasanya tidak menjadi seorang pengarang. Menceritakan tentang kehidupan di bumi orang. Masa tak pernah menunggu seseorang. Jika terlambat untuk melangkah sudah tentu kita ketinggalan. Mengimpikan sesuatu yang tidak pernah menjadi satu kenyataan rasa membuang masa kn ?

Tah lah. Kadang2 aku rasa aku ni tak berapa nak bagus untuk menjadi seorang pengarang. that why aku Tukang masak je . opsII. im the chef! that my wishlist.. Jalan untuk kesitu cuma ada beberapa langkah , cuma nk or tak nk aku menjadi seperti itu. Mugkin orang melihat atau pun pandang ni keja suma orang boleh buat. * You are correct. same with me . Tapi semuanya meleset belaka dan bukan mudah.

Maka betul lah orang kata, tak senang untuk jadi senang tak susah untuk jadi susah. semua kerja , semua nya ada cabaran masing2. dan cabaran menjadi seorang chef ? Tengok je lah kat Tv. rasanya lebih kurang je. *Life is not easy. Thanks My teacher. selalau bagi tahu aku. ingat pesan ni baik baik. baru aku faham orang mencari duit itu macam mana.

Kadang2 aku rasa rindu untuk pergi ke kelas. belajar, duduk atas kerusi, catat nota. Bagi aku terlau pantas untuk semua tu berlalu , sekarang semua nya menjadi kisah silam yang begitu bermakna, Mana tah kawan2 yang selalu bagi kita seyuman , ketawa , Tak dapat kubayangkan, Kelak sudah tentu berumah tangga, ada anak, rasa begitu cepat masa berlalu.

Tapi bagi ku semua nya itu satu kenangan yang tak dapat ku lupakan, Terima kasih kawan2, kerana anda semua, saya berada dimana saya berada sekarang, kerana anda semua, saya menjadi seseorang, dan kerana anda semua, hidup ku penuh dengan warna .

Terlalu panjang plak aku rasa untuk mengarang harini, then macam dah terlari dari tajuk . hahah, Anyway hanya luahan hati yang ku dapat bagi kn, hanya kegembiraan yang dapat ku kongsikan, dan hanya dapat ku beri salam sebagai penutupan.

Jika diberi rezeki lagi, saya pasti mengarang , to be continued... Fie Tahir

Tuesday, December 13, 2011

*Syukur

Syukur pada ilahi, kerana memberi ku kesempatan sampai ke tanah suci mu, Ya Allah.. ampun kan dosa dosa ku dan buka lah pintu pintu rahmat mu dan redhamu.

Disini,, saya ingin berkongsi bersama dengan sahabat2 ku. Syukur.. 12/12/11 pada jam 10.30pm.. selsai nya umrah saya buat kali pertama. Hanya Allah yang tahu betapa gembira nya hatiku ini bila buat kali pertama ku padang ka'bah betul2 didepan mata ku. Indah nya. Rasa lapang dada hampir hilang segalanya masalah dunia. Terasa kecil nya aku disisimu ya Allah..

"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai." - SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. - KATA KATA HIKMAH.

Disini, saya ada selitkan beberapa gambar semasa saya ditanah suci.









*Cuma mahu berkongsi pengalaman , bukan untuk ditayang. Amin. -fie

Sunday, November 20, 2011

Love it #Iwantit


Sometimes it's better to be alone. No one can hurt you that way. ♥ -fie

Tiada apa yang dapat hadir pada esok hari kecuali wahai penemanku, " Matahari ", bila mu sudah kepenatan. muncul pula sahabat ku . Oh BuLan.. Setiap hari kau lah sahabat ku yang tak pernah pernah putus membantu diriku untuk menyuluh kehidupan ku disini. Di dunia yang pernah menjadi kisah silam zaman Rasullulah a.s . Aku sangat bersyukur diberi peluang berada di tanah ini, yang penuh dengan jalan cerita nya sendiri. Ingin ku rungkai kan.. tapi tiada coretan untuk digambar kan. Bumi yang penuh dengan dugaan, berpetah yang tidak pernah ku faham, hanya mengharap buku untuk dibuat rujukan. Indah tidak terkata bumi ini.

Sekali pandang, tiada apa yang menarik terlintas di mata kita yang penuh hendakan hiburan, disini, aku begitu kagum akan peredaran waktu solat nya. Terlalu indah nya islam disini hanya aku dapat gambar kn ,di ikot kan hati, sampai sudah di Makkah, tetapi aku kene faham, amanah aku kesini, adalah untuk bekerja. InsyAllah, diizikan nya, aku pasti ke sana. continue..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...