Followers

My Stories My Diary

Tuesday, February 14, 2012

wishlist. #1


Sudah lama rasanya tidak menjadi seorang pengarang. Menceritakan tentang kehidupan di bumi orang. Masa tak pernah menunggu seseorang. Jika terlambat untuk melangkah sudah tentu kita ketinggalan. Mengimpikan sesuatu yang tidak pernah menjadi satu kenyataan rasa membuang masa kn ?

Tah lah. Kadang2 aku rasa aku ni tak berapa nak bagus untuk menjadi seorang pengarang. that why aku Tukang masak je . opsII. im the chef! that my wishlist.. Jalan untuk kesitu cuma ada beberapa langkah , cuma nk or tak nk aku menjadi seperti itu. Mugkin orang melihat atau pun pandang ni keja suma orang boleh buat. * You are correct. same with me . Tapi semuanya meleset belaka dan bukan mudah.

Maka betul lah orang kata, tak senang untuk jadi senang tak susah untuk jadi susah. semua kerja , semua nya ada cabaran masing2. dan cabaran menjadi seorang chef ? Tengok je lah kat Tv. rasanya lebih kurang je. *Life is not easy. Thanks My teacher. selalau bagi tahu aku. ingat pesan ni baik baik. baru aku faham orang mencari duit itu macam mana.

Kadang2 aku rasa rindu untuk pergi ke kelas. belajar, duduk atas kerusi, catat nota. Bagi aku terlau pantas untuk semua tu berlalu , sekarang semua nya menjadi kisah silam yang begitu bermakna, Mana tah kawan2 yang selalu bagi kita seyuman , ketawa , Tak dapat kubayangkan, Kelak sudah tentu berumah tangga, ada anak, rasa begitu cepat masa berlalu.

Tapi bagi ku semua nya itu satu kenangan yang tak dapat ku lupakan, Terima kasih kawan2, kerana anda semua, saya berada dimana saya berada sekarang, kerana anda semua, saya menjadi seseorang, dan kerana anda semua, hidup ku penuh dengan warna .

Terlalu panjang plak aku rasa untuk mengarang harini, then macam dah terlari dari tajuk . hahah, Anyway hanya luahan hati yang ku dapat bagi kn, hanya kegembiraan yang dapat ku kongsikan, dan hanya dapat ku beri salam sebagai penutupan.

Jika diberi rezeki lagi, saya pasti mengarang , to be continued... Fie Tahir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...