Sebelum saya memulakan coretan ini. Ingin sekali saya meyebut. Sudah lama nya saya tak post post post.. :)) Alhamdulilah, sudah mahu melupakan kenangan semasa di Malaysia tempoh hari. Hari ini sudah dekat two weeks saya mulakan kerja seperti biasa. :))
Rindu itu masih ada pada diri ni. tapi dah ini yang sudah ditakdirkan. Rezeki saya disini. Jadi Alhamdulilah lagi sekali kerana Allah tetap memberikan saya rezeki.. Amin.. Bermula lah kisah seorang lelaki yang amat saya kagumi. Agak terperajat jugak lah saya membaca article ini. Jutawan memilih untuk miskin, ???
Saya tahu, mesti ada readers sudah baca pasal this guys. tetapi tidak salahkan saya meng"post" kembali kisah lelaki ini untuk renungan kita bersama. Pada mulanya saya ingat tajuk ni main2, heee.. ((: Tetapi bila saya sudah membaca article ini. That true!! Saya begitu kagum dengan lelaki ini. Adakah saya akan melakukan benda yang sama seperti beliau? *InsyAllah. Ya Allah jadikan ku sepertinya.. Seorang yang sangat dermawan. Amin.
Lelaki ini pada mulanya, dia seorang yang miskin. Tetapi berkat dia untuk menjalankan syariat Islam itu yang menyebab kan beliau menjadi orang penting dalam dunia Perbankan Islam. Beliau adalah
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada
seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman
Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi..Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes,
bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang
ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya
yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan
terkemuka di dunia.Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk
menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan
juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang
dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang
selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan
bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk
membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah
Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga
telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur
Tengah.Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen
ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan
udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan
juga beberapa lagi pelaburan. *Petikan dari Harian metro
Siapa kata orang Islam akan mundur! InsyAllah dengan berkat sabar dan usaha kita itu, kita pun akan menjadi seperti beliau. Amin. Love Islam.